Saturday, October 30, 2010

TeaRs 2 ~

nicOle

JeSsiCa

nIchkhUn

Nicole terkocoh-kocoh masuk ke dalam hospital.  Sekilas melihat jam di tangan.  Sudah jam 12.00 tengah malam.  Selepas sahaja Dong Woon pergi dari rumahnya, Nicole mendapat panggilan daripada abangnya, Nichkhun.  Suara abangnya yang resah dan serak menakutkan terutama apabila Nichkhun menyebut nama Jessica.  Dan Nicole pasti, mesti kakaknya itu yang dimasukkan ke wad.
            
Nicole akhirnya sampai di wad Jessica.  Dia tercungap-cungap ketika menolak pintu bilik wad itu.  Kelibat emak dan ayahnya benar-benar bukan dalam jangkaan.  Serius sangatkah Onni?  Wajah ayahnya yang merah padam membuatkan Nicole risau.  Appa marah?  
            
“Omma!” Nicole lantas memeluk emaknya yang duduk di sisi katil Jessica.  Pn Jung membalas erat pelukan anak bongsunya itu.
           
“Onni waeyo?” soal Nicole setelah pelukan dilepaskan. Pn Jung menggeleng-geleng  sambil mengesat air mata.  Tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada Nicole. Serentak, dia dan Pn Jung memandang Jessica yang terbaring lesu di atas katil.  Wajahnya pucat tidak bermaya.  Nicole teringat bunyi pelik dari bilik kakaknya sebelum dia keluar tadi.  Onni jatuh kah?
           
“Nicole!!” keras suara En Jung memanggil Nicole.  Nicole tersentak seraya berdiri memandang ayahnya yang duduk di sofa tetamu di depan katil Jessica.  Nichkhun turut duduk di situ dengan wajah yang sukar dimengertikan.
            
“Kamu dari mana?” soal En Jung.  Wajahnya serius, tidak tersenyum seperti selalu.
            
“Naega...Nae...ke..keluar dengan ka...kawan,” tergagap-gagap Nicole.  Jantungnya berdegup dengan lebih kencang.  Dia seperti tidak kenal ayahnya sendiri.
            
“Sampai tengah malam?? Kamu pergi mana? Tak tahu kakak kamu sakit?  Tak ambil peduli langsung??”  Nicole tertunduk apabila disoal bertubi-tubi begitu.
           
“Answer me when i asking you!!!” herdik En Jung.
            
“Jagi-ya, tolong jangan marah anak-anak macam ni...Control yourself!” tidak sanggup melihat Nicole diherdik sebegitu, Pn Jung cuba memujuk suaminya.  Air mata sudah berlinangan jatuh di pipi Nicole.
           
“Saya bukan suka sangat marah mereka, tapi perbuatan mereka semua ni sudah melampau!” En Jung masih lagi meninggikan suaranya.
           
“Appa, ni semua salah saya, bukan mereka...Jangah marah Nicole macam tue,” selaku abang sulung, Nichkhun berjaya menunjukkan sifat tanggungjawabnya.
            
“ Ne, memang salah kamu! Kamu tak tahu jaga adik kamu sendiri ke?  Macam mana benda ni boleh berlaku?  Kenapa kamu biarkan Jessica duduk di rumah seorang diri malam-malam dalam keadaan dia yang tak sihat?  Appa dengan Omma tinggalkan kamu di sini dan urus bisnes keluarga di US bukan nak tengok benda ni berlaku.  Mana tanggungjawab kamu sebagai seorang abang??” marah En Jung lagi.
            
“ Mianhata, saya tak tahu dia sakit...Saya ada di JYP sepanjang hari,” jawab Nichkhun sambil tertunduk.
            
“Mwoya??? Kenapa dengan kamu ni?? Apa yang kamu buat di JYP sampai tak balik rumah tengok adik-adik kamu?  Patutla Nicole keluar-masuk rumah dengan bebas...Kamu ingat, mereka dah besar, kamu boleh lepaskan tanggungjawab kamu?” merah padam wajah En Jung.
           
“Mianhae, saya yang bersalah...” En Jung mendengus marah mendengar ucapan maaf dari Nichkhun.  Lantas, dia keluar dari bilik itu.  Nicole seraya melangkah dan duduk di sisi abangnya.  Air matanya masih lagi menitis.  Rasa kasihan melihat abangnya dimarah begitu.  Pn Jung pula turut keluar dari bilik itu, berjumpa doktor.
            
“Oppa...” panggil Nicole, perlahan.  Tepat memandang wajah abangnya yang tersandar di kerusi.  Nichkhun tersenyum kecil memandang Nicole, seolah menyatakan tiada apa yang perlu dirisaukan.
            
“ Jc positif dadah, sebab tue Appa marah sangat,” jelas Nichkhun tanpa dipinta.  Nicole terkejut.  Matanya membulat, seolah tidak percaya.
           
“Tapi baru peringkat awal.  Jadi, kita tak perlu hantar dia ke pusat pemulihan,” jelas Nichkhun lagi.  Nicole masih lagi tidak dapat mempercayainya.
            
“Onni...positif dadah?? Ottoke?”  Nichkhun menggeleng.
           
“Oppa...” suara perlahan dan sayu memanggil Nichkhun mengejutkan Nicole.  Dia memandang Jessica di atas katil.  Juga Nichkhun.  Mata Jessica kelihatan redup memandang mereka dari atas katil.  Mereka berdua bersama-sama bangkit menuju ke arah Jessica.  Masing-masing tersenyum tawar memandang Jessica, cuba menyembunyikan keresahan dan kerisauan dari Jessica.
            
“Oppa, mianhae....” ujar Jessica, air mata mengalir perlahan di pipinya.
            
“Saya tak bermaksud nak menyusahkan Oppa, mianhae...Jeongmal mianhae,” kali ini Jessica sudah tersedu-sedan.  Nicole juga turut sama menitiskan air mata.
           
“Ani...Bukan salah kamu,” Nichkhun menggeleng-geleng sambil mengesat air mata Jessica.  Dia tidak suka melihat orang yang disayanginya menangis.
           
“Nae daemunne, Oppa dengan Nicky kena marah dengan Appa,” ujar Jessica lagi, masih menyalahkan dirinya.
           
“Aniyo, Onni...Onni tak salah,” jawab Nicole pula sambil mengenggam erat tangan Jessica.  Jessica terdiam.  Begitu juga dengan Nichkhun.  Suasana kekal diam begitu sehinggalah Pn Jung masuk kembali ke dalam wad bersama doktor Kang.  Melihat Jessica yang sudah terjaga, Pn Jung seraya mendapatkannya, mencium lembut dahi dan pipi Jessica tanda dia amat menyayangi dan mengasihi gadis itu.
           
“Kang paksanim, Jessica boleh balik malam ini juga?” soal Nichkhun.  Dr Kang mengangguk.  Selepas memeriksa keadaan Jessica beberapa ketika, Dr Kang keluar dari blik itu.  Mereka sempat memberi ucapan terima kasih kepada Dr Kang.

No comments:

Post a Comment