Thursday, October 21, 2010

WiPe aWaY TeaRs~~

DonG Woon

nicOle

VictOria

SanGhYun aka DunGDunG


 
Tears 1 ...

Nicole Jung berjalan menuju ke sekolah dengan langkah yang penuh gaya.  Sesekali dia menilik uniform sekolahnya yang berkemeja putih bersama skirt kotak-kotak merah+hitam.  Dia tidak mengendahkan mata-mata yang memandangnya.  Bak lagu So Hot nyanyian Wonder Girls, “Boys will loving me, girls will hating me, they will never stop coz they know i’m so hot, hot!” Nicole tersenyum kecil.
            
“Nicole-ya!~“ laung Victoria sambil melambai-lambai ke arahnya.  Nicole menoleh ke kanan. Dia membalas lambaian sahabat karibnya itu ketika ternampak Victoria duduk di bangku di taman sekolah mereka.  Laju kakinya berjalan ke arah Victoria.
            
“ Kita duduk sini jela...Hari ni, kelas Sejarah takde..” ujar Victoria.  Nicole mengangguk kecil.  Udara hari itu begitu nyaman, sedikit dingin kerana musim sejuk sudah hampir sampai ke penghujung dan kini memasuki musim bunga.  Mereka berbual mesra sementara menanti kelas kedua mereka, English Literature yang akan bermula sejam lagi.
            
“Malam ni kau jadi tak nak keluar tengok wayang dengan Dong Woon?” soal Victoria sambil di tangannya memegang kertas puisi karya Shakespear.  Hari ini mereka diarahkan untuk mendeklamasikan sajak karya-karya penulis terkenal zaman dahulu.
            
“ Tak taula, rasa macam jadi je..Lagipun Oppa aku takde kat umah malam ni...Naui Onni lak mesti kuar gi party, kalau xjadi pun, aku mesti akan bagi jadi gak..” jawab Nicole dengan penuh semangat.  Victoria tersengih.  Perbualan mereka semakin rancak.  Sekali-sekala pelajar yang lalu-lalang mencuri pandang ke arah mereka.  Tiba-tiba Victoria menghulurkan sebotol pewarna kuku dari beg sandangnya.
            
“Eh, cantiknya warna ni.  Kenapa kau tak ajak aku pergi beli? Tapi, warna ni mesti tak boleh pakai dalam sekolah, kan?!” kata Nicole sambil membelek-belek botol pewarna kuku yang berwarna ungu kehitaman jenama Shiseido itu.
            
Serentak dengan itu, mereka didatangi Son Dong Woon dan Park Sang Hyun, senior mereka dari aliran Sains.  Selain dari senior mereka, Dong Woon juga merupakan kapten bola keranjang di sekolah, antara pelajar terbaik sekolah dan Presiden Kelab Muzik.  Sang Hyun pula merupakan Presiden Persatuan Pelajar.
            
“ Hi dear...” sapa Dong Woon.  Nicole tersenyum memandang Dong Woon. Dong Woon duduk di sebelah Nicole.  Beberapa orang pelajar perempuan yang berada di taman itu menjeling Nicole.  Tidak diendahkannya.  Percintaan dia dengan Dong Woon memang dicemburui pelajar-pelajar yang lain tidak kira lelaki atau perempuan. (glamour betul)! Maklumlah, Dong Woon seorang yang amat kacak dan pelajar genius aliran Sains.  Jadi, ramai pelajar-pelajar aliran Sains tidak berpuas hati apabila Dong Woon bercinta dengan Nicole, seorang gadis comel dari aliran Sastera.  Itu belum ditambah dengan ahli-ahli Dong Woon Fan Club yang memang membantah hubungan mereka.  Walaupun sudah berkali-kali mereka menyerahkan petisyen pembantahan kepada Dong Woon tetapi Dong Woon tidak menghiraukannya.
            
Ditambah pula dengan beberapa kumpulan kecil yang memuja Nicole.  Mereka turut menggunakan khidmat Presiden Persatuan Pelajar, Sang Hyun untuk memutuskan hubungan Dong Woon-Nicole.  Rancangan mereka juga tidak berjaya memandangkan Sang Hyun dan Dong Woon merupakan kawan karib.
            
“Takde kelas ke sekarang?” soal Dong Woon.  Nicole mengangguk kecil.
            
“ Cikgu Sejarah cuti sakit.  Pukul 10 nanti baru ada kelas Literature,” jelas Victoria.  Dong Woon tersenyum.  Lama dia merenung Nicole yang ketika itu bermain dengan jari-jari Dong Woon.
            
“Haiz, menyampahnya aku tengok korang berdua ni...Macam dah bertahun tak jumpa! Rasanya setiap hari jumpa kat sekolah, kan? Tu tak termasuk time dating lepas sekolah..Aigoo~” omel Sang Hyun dengan nada jenakanya.  Tidak sampai sesaat satu ketukan hinggap di kepalanya.
            
“Ouch!” Sang Hyun terjerit spontan.  Nicole dan Victoria sama-sama ketawa melihat Sang Hyun.  Dia memang comel dan sangat-sangat lawak.  Tapi mungkin dia ada kredibiliti yang tersembunyi sehingga dilantik menjadi Ketua Pelajar.  Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan dari cikgu seperti yang dia dapat.
           
“Betulla kan apa yang aku cakap! Vic mesti sependapat dengan aku..” ujar Sang Hyun, meyakinkan mereka bahawa pendapatnya itu benar dan bukannya berbaur kecemburuan.  Victoria ketawa lagi sambil mengangguk-angguk.  Geli hati melihat riak wajah Sang Hyun atau nama manjanya Dung Dung (=.=). 
            
“Erm, Oppa! Malam ni, Oppa ambil saya kat rumah ek? Sebab rasa malasla nak naik Subway lagi...Dahla Vic tak ikut..” Nicole berkata tiba-tiba.  Wajah Dong Woon dipandangnya sambil membuat muka simpati+cute.
            
“ Ne...Munje opseoyo!..” balas Dong Woon, sambil tersenyum.  Sememangnya, senyuman tidak pernah lekang dari wajah Dong Woon. Bagi Dong Woon, dia sanggup lakukan apa sahaja demi gadis kesayangannya.  Tanggungjawab seorang lelaki ialah menjaga perempuan  terutama perempuan kesayangan. *sweet*
            
“Kalau macamtu,malam ni pukul 7, ok?Erm,kami masuk kelas dulu, k?”Nicole membalas senyuman Dong Woon. Lantas dia bangun menuju ke kelas bersama Victoria.

No comments:

Post a Comment