Wednesday, December 1, 2010

lalalala~

Lama gila kot aku tak sempat update blog aku..(malas sebenarnya)..hoho
well, bukannya apa..rasa cam tak sempat je nak update kan bab2 novel "Wipe Away Tears"..

Novel ni pada awalnya mengisahkan konflik persahabatan yang sangat la complicated (siap ada scene bunuh-membunuh)..heee~gabungan idea aku dan sahabat ku, Yat!
tapi sebab aku sibuk study (sibuk la sgt kan), so aku terhilangkan skrip awal novel ni...
jadi aku terpaksa mencipta plot yang baru (yang aku kira agak kurang menyerlah)
tengah aku passion mencipta plot baru tiba-tiba aku terjumpa balik skrip lama yang aku ingat dah hilang dulu, chaitt!
tapi..dah terlanjur aku ubah plot ni, aku teruskan je la..
mungkin aku kan buat cerita baru dengan plot yang lama..(berangan ja lebih!)

Dan aku juga ada merancang, nak post novel-novel aku yang lama...
yang dicipta dan ditulis dalam buku.(time zaman-zaman sekolah menengah dulu)
tapi tu semua sekadar rancangan, sebab sekarang jenoh duk bersilat nak siapkan novel "Wipe Away Tears' ni..
aoyaii! kalau jenis perangai halai-balai cam aku ni, memang sampai 10 tahun la baru nak siap..hohoho..

tapi apapon, aku ucapkan terima kasih yang baca novel aku..(bajet diva!)..
and lots of love to those people who always support me especially my StAR friends~ (we have lot of memories and dreams)..heee~
and my gorgeous, wonderful friends that i've meet them..thank you guyss!!!!love yah!

Monday, November 29, 2010

cOntinuatiOn of Tears 2~

NicHkhuN

JesSica

nicOle

Cuaca pagi itu cerah sekali.  Sesekali kedengaran suara Nicole bergurau senda dengan kakaknya, Jessica dari bawah rumah.  Jessica sudah seminggu lebih pulang ke rumah selepas dimasukkan ke hospital pada malam itu..  Mujurlah ketagihan ectasy-nya itu masih di peringkat awal.  Bagi Nicole, inilah perkara paling indah dalam hidupnya.  Sudah terlalu lama dia tidak bermesra dengan kakaknya seperti ini.
            
“JC, Nicky...cepat turun sarapan,” laung Pn. Jung dari ruang makan.  Serentak Nicole dan Jessica keluar dari bilik.
           
“ Khunnie, apa lagi yang kamu buat kat luar tue? Cepatla makan ni,” laung Pn.Jung lagi sambil meninjau ke luar, memandang anak lelaki sulungnya yang sibuk mengemas taman di halaman rumah.
           
“Omma, Appa mana?” soal JC ketika dia sudah sampai di ruang makan.  Tangannya pantas membantu ibunya itu menyusun pinggan di meja sambil matanya mengerling ke arah ruang tamu, mencari En. Jung.  Nicole pula melangkah ke luar rumah, melihat abangnya yang masih lagi sibuk di taman.
            
“Appa ada kerja pagi tadi...Appa suruh kita makan dulu,” jawab Pn. Jung lantas menyenduk nasi ke dalam mangkuk.  Jessica turut sama membantu ibunya.  Seketika kemudian, kelihatan Nichkhun dan Nicole masuk ke dalam rumah sambil ada sisa ketawa di wajah mereka.
            
“Apa yang gembira sangat nie?” soal Pn.Jung sambil tersenyum senang.
            
“Oppa la ni, dia cakap dia nak buat pyjama party..pastu dia suruh bayangkan kalau Haraboji dengan Halmoni pakai pyjama waktu tu..Onni boleh bayangkan tak?” ujar Nicole.  Dia ketawa lagi.  Jessica tergelak kecil, bukan kerana kata-kata Nicole itu tetapi kerana ketawanya.  Nichkhun tersenyum, menjentik dahi Nicole.
           
“Ouch, sakitla!” Nicole terjerit sambil mengusap-usap dahinya.  Dia mencebik.  Pn.Jung menggeleng-geleng melihat telatah anak-anaknya.
            
“Dah, mari makan.” Pn.Jung tersenyum.
            
“Mogo shipda,” ujar Nicole pula.  Masing-masing menjamah hidangan sarapan yang tersedia dengan penuh sopan dan teratur.  Mungkin sudah dari kecil, mereka terbiasa dengan adab sopan yang sentiasa diterapkan dalam kehidupan mereka.  Sedang dalam suasana sepi begitu, En.Jung pulang dengan wajah yang serius.
            
“Jagi-ya...” Pn.Jung lantas bangun dari kerusi.  Menyambut kepulangan suaminya.  Menyenduk semangkuk lagi nasi lalu diletakkan di hadapan suaminya.  Jessica dan Nicole saling berpandangan, agak resah melihat wajah ayah mereka yang serius begitu.
            
“Appa dah buat keputusan...dan Appa rasa itulah yang terbaik, “ En.Jung mengeluh perlahan sebelum menyambung kembali kata-katanya.
           
“Kamu semua akan berpindah ke rumah Haraboji dan Halmoni di Daegu.  Appa dah uruskan tentang pertukaran kamu semua,” tenang sahaja wajah En. Jung tapi tidak wajah yang lain-lain.  Masing-masing terkejut dengan berita yang tidak disangka-sangka itu.  Pn. Jung turut terkejut.
           
“Jagi-ya...” Pn. Jung bersuara perlahan.
            
“Sekurang-kurangnya ada orang boleh jaga mereka di sana.  Silap kita terlalu biarkan mereka hidup berdikari,” En. Jung memandang wajah isterinya.  Pn. Jung hanya diam, akur dengan arahan suaminya itu.  Sememangnya dia akui, mereka terlalu lepas tangan dalam hal mendidik anak-anak sehingga masing-masing hampir tidak mengambil berat antara satu dengan yang lain.
         
“Hajiman, Appa...saya masih lagi trainee di JYP kan?Ottokhae?” Nichkhun resah.  Menyanyi dan menari adalah minatnya.  Dan bukan mudah baginya untuk berjaya terpilih sebagai trainee di JYP itu.
           
“Pelajaran dengan minat, mana yang lebih penting?” soal En.Jung, ada nada tegas di situ.  Nichkhun diam.  Dia tau, pelajaran lebih penting tapi dia juga tidak boleh melepaskan minatnya.
            
“Cuba bincang dengan En.Park...kalau dia boleh izinkan kamu train setiap hujung minggu sahaja,go on with that..tapi kalau dia tak izinkan, u know what u should do..” ujar En.Jung lagi setelah melihat Nichkhun diam seribu bahasa.  Usai sahaja dia berkata, En.Jung bingkas bangun.  Serentak itu juga, Nicole mengeluh perlahan.  Jessica tersenyum kecil memandang wajah ibunya yang agak kelat, cuba menenangkan hati Pn.Jung.  Nichkhun mula resah.  Sarapan pagi itu, terbiar juga.

Saturday, October 30, 2010

TeaRs 2 ~

nicOle

JeSsiCa

nIchkhUn

Nicole terkocoh-kocoh masuk ke dalam hospital.  Sekilas melihat jam di tangan.  Sudah jam 12.00 tengah malam.  Selepas sahaja Dong Woon pergi dari rumahnya, Nicole mendapat panggilan daripada abangnya, Nichkhun.  Suara abangnya yang resah dan serak menakutkan terutama apabila Nichkhun menyebut nama Jessica.  Dan Nicole pasti, mesti kakaknya itu yang dimasukkan ke wad.
            
Nicole akhirnya sampai di wad Jessica.  Dia tercungap-cungap ketika menolak pintu bilik wad itu.  Kelibat emak dan ayahnya benar-benar bukan dalam jangkaan.  Serius sangatkah Onni?  Wajah ayahnya yang merah padam membuatkan Nicole risau.  Appa marah?  
            
“Omma!” Nicole lantas memeluk emaknya yang duduk di sisi katil Jessica.  Pn Jung membalas erat pelukan anak bongsunya itu.
           
“Onni waeyo?” soal Nicole setelah pelukan dilepaskan. Pn Jung menggeleng-geleng  sambil mengesat air mata.  Tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada Nicole. Serentak, dia dan Pn Jung memandang Jessica yang terbaring lesu di atas katil.  Wajahnya pucat tidak bermaya.  Nicole teringat bunyi pelik dari bilik kakaknya sebelum dia keluar tadi.  Onni jatuh kah?
           
“Nicole!!” keras suara En Jung memanggil Nicole.  Nicole tersentak seraya berdiri memandang ayahnya yang duduk di sofa tetamu di depan katil Jessica.  Nichkhun turut duduk di situ dengan wajah yang sukar dimengertikan.
            
“Kamu dari mana?” soal En Jung.  Wajahnya serius, tidak tersenyum seperti selalu.
            
“Naega...Nae...ke..keluar dengan ka...kawan,” tergagap-gagap Nicole.  Jantungnya berdegup dengan lebih kencang.  Dia seperti tidak kenal ayahnya sendiri.
            
“Sampai tengah malam?? Kamu pergi mana? Tak tahu kakak kamu sakit?  Tak ambil peduli langsung??”  Nicole tertunduk apabila disoal bertubi-tubi begitu.
           
“Answer me when i asking you!!!” herdik En Jung.
            
“Jagi-ya, tolong jangan marah anak-anak macam ni...Control yourself!” tidak sanggup melihat Nicole diherdik sebegitu, Pn Jung cuba memujuk suaminya.  Air mata sudah berlinangan jatuh di pipi Nicole.
           
“Saya bukan suka sangat marah mereka, tapi perbuatan mereka semua ni sudah melampau!” En Jung masih lagi meninggikan suaranya.
           
“Appa, ni semua salah saya, bukan mereka...Jangah marah Nicole macam tue,” selaku abang sulung, Nichkhun berjaya menunjukkan sifat tanggungjawabnya.
            
“ Ne, memang salah kamu! Kamu tak tahu jaga adik kamu sendiri ke?  Macam mana benda ni boleh berlaku?  Kenapa kamu biarkan Jessica duduk di rumah seorang diri malam-malam dalam keadaan dia yang tak sihat?  Appa dengan Omma tinggalkan kamu di sini dan urus bisnes keluarga di US bukan nak tengok benda ni berlaku.  Mana tanggungjawab kamu sebagai seorang abang??” marah En Jung lagi.
            
“ Mianhata, saya tak tahu dia sakit...Saya ada di JYP sepanjang hari,” jawab Nichkhun sambil tertunduk.
            
“Mwoya??? Kenapa dengan kamu ni?? Apa yang kamu buat di JYP sampai tak balik rumah tengok adik-adik kamu?  Patutla Nicole keluar-masuk rumah dengan bebas...Kamu ingat, mereka dah besar, kamu boleh lepaskan tanggungjawab kamu?” merah padam wajah En Jung.
           
“Mianhae, saya yang bersalah...” En Jung mendengus marah mendengar ucapan maaf dari Nichkhun.  Lantas, dia keluar dari bilik itu.  Nicole seraya melangkah dan duduk di sisi abangnya.  Air matanya masih lagi menitis.  Rasa kasihan melihat abangnya dimarah begitu.  Pn Jung pula turut keluar dari bilik itu, berjumpa doktor.
            
“Oppa...” panggil Nicole, perlahan.  Tepat memandang wajah abangnya yang tersandar di kerusi.  Nichkhun tersenyum kecil memandang Nicole, seolah menyatakan tiada apa yang perlu dirisaukan.
            
“ Jc positif dadah, sebab tue Appa marah sangat,” jelas Nichkhun tanpa dipinta.  Nicole terkejut.  Matanya membulat, seolah tidak percaya.
           
“Tapi baru peringkat awal.  Jadi, kita tak perlu hantar dia ke pusat pemulihan,” jelas Nichkhun lagi.  Nicole masih lagi tidak dapat mempercayainya.
            
“Onni...positif dadah?? Ottoke?”  Nichkhun menggeleng.
           
“Oppa...” suara perlahan dan sayu memanggil Nichkhun mengejutkan Nicole.  Dia memandang Jessica di atas katil.  Juga Nichkhun.  Mata Jessica kelihatan redup memandang mereka dari atas katil.  Mereka berdua bersama-sama bangkit menuju ke arah Jessica.  Masing-masing tersenyum tawar memandang Jessica, cuba menyembunyikan keresahan dan kerisauan dari Jessica.
            
“Oppa, mianhae....” ujar Jessica, air mata mengalir perlahan di pipinya.
            
“Saya tak bermaksud nak menyusahkan Oppa, mianhae...Jeongmal mianhae,” kali ini Jessica sudah tersedu-sedan.  Nicole juga turut sama menitiskan air mata.
           
“Ani...Bukan salah kamu,” Nichkhun menggeleng-geleng sambil mengesat air mata Jessica.  Dia tidak suka melihat orang yang disayanginya menangis.
           
“Nae daemunne, Oppa dengan Nicky kena marah dengan Appa,” ujar Jessica lagi, masih menyalahkan dirinya.
           
“Aniyo, Onni...Onni tak salah,” jawab Nicole pula sambil mengenggam erat tangan Jessica.  Jessica terdiam.  Begitu juga dengan Nichkhun.  Suasana kekal diam begitu sehinggalah Pn Jung masuk kembali ke dalam wad bersama doktor Kang.  Melihat Jessica yang sudah terjaga, Pn Jung seraya mendapatkannya, mencium lembut dahi dan pipi Jessica tanda dia amat menyayangi dan mengasihi gadis itu.
           
“Kang paksanim, Jessica boleh balik malam ini juga?” soal Nichkhun.  Dr Kang mengangguk.  Selepas memeriksa keadaan Jessica beberapa ketika, Dr Kang keluar dari blik itu.  Mereka sempat memberi ucapan terima kasih kepada Dr Kang.

Sunday, October 24, 2010

cOntinuatiOn of Tears 1~~

nicOle


dOng WoOn





Tepat jam 7 malam itu, kereta Hyundai Genesis milik Dong Woon sudah terparkir di hadapan rumah Nicole. Dong Woon menanti Nicole di luar kereta.  Gayanya sangat bersahaja dengan jeans dan print purple T-shirt.  Tidak dilupa sneaker hitam+kuning jenama Nike yang tersarung di kakinya.  Nicole yang simple dengan skinny jeans hitam bersama tight printed T-shirt berlari-lari anak ke pintu rumah.  Disarungnya long-sleeve sweater with musiz note printed bersama sneakers biru yang bertali kuning.  Turut dibawanya ialah beg bimbit pink lembut jenama Fila.  Ketika tombol pintu dipulas, kedengaran bunyi yang pelik dari atas rumah.
            
“Onni, gwaencanhayo???” jerit Nicole dengan penuh kehairanan.  Sejak belakangan ini, dia memang dapat merasakan sesuatu yang pelik sedang berlaku dalam diri kakaknya, Jessica.
            
“Ne, gwaencanha...Kamu pergi sajala...Jaga diri, “ jawab Jessica dari atas rumah.  Suaranya juga separuh menjerit.  Mendengar jawapan kakaknya, barulah Nicole boleh keluar rumah dengan tenang.  Cepat-cepat dia tersenyum ketika melihat Dong Woon yang sabar menantinya sejak dari tadi.
           
“Mian..lambat sikit..Tadi rasa macam tak sedap hati dekat Onni” ujar Nicole ketika mereka berdua sudah bersama-sama berada di dalam kereta yang sedang menuju ke Coex Mall.
           
“ Gwaencanhayo...Nuna waeyo?” soal Dong Woon ingin tahu.  Walaupun sudah hampir 3 tahun dia berpacaran dengan Nicole tapi dia belum kenal abang dan kakak Nicole secara live.  Cuma sekadar mendengar cerita-cerita dari Nicole.  Menurut cerita Nicole, nampaknya keluarga teman wanitanya ini terlalu sibuk dengan hal masing-masing.
           
“Mollayo...tapi Onni macam lain sangat sekarang! Dia nampak macam sakit...Tadi pun, saya macam terdengar bunyi pelik dari bilik Onni..sebenarnya saya risau juga nak tinggal Onni sorang-sorang macam tue...” luah Nicole.
            
“ Jadi, nak balik ke?”
           
“Aniyo...kan saya dah janji dengan Oppa dulu! Saya takkan mungkir janji...Lagipun, saya takkan mensia-sia kan masa kita berdua..” ujar Nicole, pantas.  Dong Woon tersenyum senang.
           
“Ne, arayo...Awak janganla risau pasal Nuna Jc, she will be fine! Lagipun, dia kan dah besar, dia boleh jaga diri dia baik-baik..” pujuk Dong Woon.  Nicole mengangguk tanda setuju.  Sikap ambil berat Dong Woon la yang membuatkan Nicole amat sayang padanya.
            
Suasana sepi menyelubungi diri mereka.  Hanya suara DJ diiringi lagu-lagu dari radio Cool.FM yang kedengaran dalam kereta itu.  Nicole memandang jauh ke luar tingkap.  Walaupun dia amat menghargai masa berdua bersama Dong Woon tetapi dia tidak boleh menafikan perasaan risaunya terhadap kakaknya yang kelihatan sangat tidak bermaya sejak akhir-akhir ini.  Dong Woon sempat mengerling ke arah Nicole.
           
“Awak betul ke tak nak cancel tengok movie? Takpela, saya tak kisah..” seolah memahami, Dong Woon cuba menenangkan hati Nicole.  Nicole tersentak.  Dia kemudian tertawa kecil.
           
“ Saya tak terfikir macam tu pun..Its our night jadi kita tak patut biarkan hal-hal macam ni disturbing us...Ok? lets forget about this!” jelas terpancar cahaya keyakinan dalam mata Nicole.  Giliran Dong Woon pula yang mengangguk.
           
“Cerita apa malam ni? 2012 ke?” soal Nicole ketika dia dan Dong Woon berpimpinan tangan menuju ke Mega Box Cinema yang terletak di dalam Coex Mall.
            
“Aniyo, cerita Twilight Saga..” jawab Dong Woon sambil menunjuk dua keping tiket cerita Twilight yang dibelinya petang tadi.
            
“Waaaa, Edward Cullen!!!!” Nicole bersorak keriangan.
           
“Cuahaeyo!!Jeongmal!” sorak Nicole lagi, riang sekali.  Dong Woon cuma tersenyum.  Entah apala handsomenya si Edward tu, fikir Dong Woon barangkali.  Mereka bersama-sama masuk ke dalam panggung.  Masakan tidak, Nicole sudah tidak sabar-sabar untuk melihat pujaan hatinya itu beraksi di layar.
           
2 jam berlalu.  Akhirnya cerita Twilight itu pun sudah tiba ke penutupnya.  Penonton bersesak-sesak keluar dari panggung.  Nicole turut sama bangkit dari kerusi, ingin bersesak keluar.  Tapi, Dong Woon yang tidak gemar dengan keadaan yang sesak dan padat lantas menarik tangan Nicole untuk duduk semula.  Nicole memandang Dong Woon kehairanan.
           
“Orang terlalu ramai..Tunggu dulu,” ujar Dong Woon.  Nicole kaku di kerusinya sambil menanti penonton keluar dari panggung itu terlebih dahulu.
            
“Nicky-ya...” panggil Dong Woon, merujuk nama manja yang digunakan untuk Nicole.  Nicole beralih memandang Dong Woon.  Ketika itu, wajah mereka begitu dekat sekali.  Lama mereka bertentang mata begitu.  Jantung Nicole berdegup dengan kencang, berdebar-debar.  Mungkinkah malam ini akan menjadi hal itu?  Wajahnya merah padam ketika wajah Dong Woon sudah berada begitu dekat dengannya.  Hingga dia dapat rasakan hembusan nafas Dong Woon.  Dan, chup~<3 Mata Nicole terpejam secara tiba-tiba. =p Ya, memang itulah malam 1st kiss antara dia dan Dong Woon.
            
Nicole masih lagi tidak keruan.  Tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan Dong Woon.  Aigoo~dia gusar.  Juga berasa sedikit malu kerana adegan tadi.  Takkan dia tiba-tiba nak merajuk dan balik sendiri padahal dia memang menanti saat itu, hahaha!  Hatinya resah.  Serius dia tidak tahu cara untuk berdepan dengan Dong Woon.  Berlagak biasa? Macam ok.  Nak buat malu-malu?Haiz, macam tak matured je.  Aigoo~susah betul ni...Hatinya bertambah resah ketika melihat Dong Woon berjalan menuju ke kereta.  Sejak keluar dari panggung memang dia tidak bercakap apa-apa dengan Dong Woon.  Dia hairan dengan Dong Woon yang boleh berlagak biasa.  Namja!
           
“Waeyo? Menyesal ke?” soal Dong Woon yang perasan dengan riak wajah Nicole yang berubah sejak mereka keluar dari panggung.
            
“Saya ingat awak happy...” keluh Dong Woon.
           
“Aniyo....” Nicole cepat-cepat memberi respons.  Dia bukannya menyesal. 
           
“Saya tak menyesal la...Nan haengbokhaejyo! Eh, ani...maksud saya...erm...” Dong Woon serta-merta ketawa mendengar jawapan Nicole yang tersekat-sekat.  Nicole mencebik, cover malu.  Dong Woon pula lebih bersikap relaks dan tenang.  Cuma sesekali dia tergelak melihat reaksi Nicole.  Kereta yang dipandu laju itu akhirnya tiba di hadapan rumah Nicole.  Nicole keluar dari kereta.  Sebelum dia menutup pintu kereta, sempat Dong Woon berkata,
           
“ Thats not the 1st and the last...It just the beginning...Saranghaeyo!~” Serentak itu juga, Nicole terhempas pintu kereta.  Dong Woon hanya tersenyum (smirk).  Reaksi Nicole sudah dalam jangkaannya.  Kereta meluncur laju.  Tapi, Nicole masih berdiri kaku di situ melihat kereta yang sudah hilang dari pandangannya.  Dia menelan air liur perlahan-lahan.  Terasa payah.  ‘Arrrgghh, takutnya nak dating ngan Oppa lagi!’ Hati Nicole menjerit.







Thursday, October 21, 2010

WiPe aWaY TeaRs~~

DonG Woon

nicOle

VictOria

SanGhYun aka DunGDunG


 
Tears 1 ...

Nicole Jung berjalan menuju ke sekolah dengan langkah yang penuh gaya.  Sesekali dia menilik uniform sekolahnya yang berkemeja putih bersama skirt kotak-kotak merah+hitam.  Dia tidak mengendahkan mata-mata yang memandangnya.  Bak lagu So Hot nyanyian Wonder Girls, “Boys will loving me, girls will hating me, they will never stop coz they know i’m so hot, hot!” Nicole tersenyum kecil.
            
“Nicole-ya!~“ laung Victoria sambil melambai-lambai ke arahnya.  Nicole menoleh ke kanan. Dia membalas lambaian sahabat karibnya itu ketika ternampak Victoria duduk di bangku di taman sekolah mereka.  Laju kakinya berjalan ke arah Victoria.
            
“ Kita duduk sini jela...Hari ni, kelas Sejarah takde..” ujar Victoria.  Nicole mengangguk kecil.  Udara hari itu begitu nyaman, sedikit dingin kerana musim sejuk sudah hampir sampai ke penghujung dan kini memasuki musim bunga.  Mereka berbual mesra sementara menanti kelas kedua mereka, English Literature yang akan bermula sejam lagi.
            
“Malam ni kau jadi tak nak keluar tengok wayang dengan Dong Woon?” soal Victoria sambil di tangannya memegang kertas puisi karya Shakespear.  Hari ini mereka diarahkan untuk mendeklamasikan sajak karya-karya penulis terkenal zaman dahulu.
            
“ Tak taula, rasa macam jadi je..Lagipun Oppa aku takde kat umah malam ni...Naui Onni lak mesti kuar gi party, kalau xjadi pun, aku mesti akan bagi jadi gak..” jawab Nicole dengan penuh semangat.  Victoria tersengih.  Perbualan mereka semakin rancak.  Sekali-sekala pelajar yang lalu-lalang mencuri pandang ke arah mereka.  Tiba-tiba Victoria menghulurkan sebotol pewarna kuku dari beg sandangnya.
            
“Eh, cantiknya warna ni.  Kenapa kau tak ajak aku pergi beli? Tapi, warna ni mesti tak boleh pakai dalam sekolah, kan?!” kata Nicole sambil membelek-belek botol pewarna kuku yang berwarna ungu kehitaman jenama Shiseido itu.
            
Serentak dengan itu, mereka didatangi Son Dong Woon dan Park Sang Hyun, senior mereka dari aliran Sains.  Selain dari senior mereka, Dong Woon juga merupakan kapten bola keranjang di sekolah, antara pelajar terbaik sekolah dan Presiden Kelab Muzik.  Sang Hyun pula merupakan Presiden Persatuan Pelajar.
            
“ Hi dear...” sapa Dong Woon.  Nicole tersenyum memandang Dong Woon. Dong Woon duduk di sebelah Nicole.  Beberapa orang pelajar perempuan yang berada di taman itu menjeling Nicole.  Tidak diendahkannya.  Percintaan dia dengan Dong Woon memang dicemburui pelajar-pelajar yang lain tidak kira lelaki atau perempuan. (glamour betul)! Maklumlah, Dong Woon seorang yang amat kacak dan pelajar genius aliran Sains.  Jadi, ramai pelajar-pelajar aliran Sains tidak berpuas hati apabila Dong Woon bercinta dengan Nicole, seorang gadis comel dari aliran Sastera.  Itu belum ditambah dengan ahli-ahli Dong Woon Fan Club yang memang membantah hubungan mereka.  Walaupun sudah berkali-kali mereka menyerahkan petisyen pembantahan kepada Dong Woon tetapi Dong Woon tidak menghiraukannya.
            
Ditambah pula dengan beberapa kumpulan kecil yang memuja Nicole.  Mereka turut menggunakan khidmat Presiden Persatuan Pelajar, Sang Hyun untuk memutuskan hubungan Dong Woon-Nicole.  Rancangan mereka juga tidak berjaya memandangkan Sang Hyun dan Dong Woon merupakan kawan karib.
            
“Takde kelas ke sekarang?” soal Dong Woon.  Nicole mengangguk kecil.
            
“ Cikgu Sejarah cuti sakit.  Pukul 10 nanti baru ada kelas Literature,” jelas Victoria.  Dong Woon tersenyum.  Lama dia merenung Nicole yang ketika itu bermain dengan jari-jari Dong Woon.
            
“Haiz, menyampahnya aku tengok korang berdua ni...Macam dah bertahun tak jumpa! Rasanya setiap hari jumpa kat sekolah, kan? Tu tak termasuk time dating lepas sekolah..Aigoo~” omel Sang Hyun dengan nada jenakanya.  Tidak sampai sesaat satu ketukan hinggap di kepalanya.
            
“Ouch!” Sang Hyun terjerit spontan.  Nicole dan Victoria sama-sama ketawa melihat Sang Hyun.  Dia memang comel dan sangat-sangat lawak.  Tapi mungkin dia ada kredibiliti yang tersembunyi sehingga dilantik menjadi Ketua Pelajar.  Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan dari cikgu seperti yang dia dapat.
           
“Betulla kan apa yang aku cakap! Vic mesti sependapat dengan aku..” ujar Sang Hyun, meyakinkan mereka bahawa pendapatnya itu benar dan bukannya berbaur kecemburuan.  Victoria ketawa lagi sambil mengangguk-angguk.  Geli hati melihat riak wajah Sang Hyun atau nama manjanya Dung Dung (=.=). 
            
“Erm, Oppa! Malam ni, Oppa ambil saya kat rumah ek? Sebab rasa malasla nak naik Subway lagi...Dahla Vic tak ikut..” Nicole berkata tiba-tiba.  Wajah Dong Woon dipandangnya sambil membuat muka simpati+cute.
            
“ Ne...Munje opseoyo!..” balas Dong Woon, sambil tersenyum.  Sememangnya, senyuman tidak pernah lekang dari wajah Dong Woon. Bagi Dong Woon, dia sanggup lakukan apa sahaja demi gadis kesayangannya.  Tanggungjawab seorang lelaki ialah menjaga perempuan  terutama perempuan kesayangan. *sweet*
            
“Kalau macamtu,malam ni pukul 7, ok?Erm,kami masuk kelas dulu, k?”Nicole membalas senyuman Dong Woon. Lantas dia bangun menuju ke kelas bersama Victoria.