Monday, November 29, 2010

cOntinuatiOn of Tears 2~

NicHkhuN

JesSica

nicOle

Cuaca pagi itu cerah sekali.  Sesekali kedengaran suara Nicole bergurau senda dengan kakaknya, Jessica dari bawah rumah.  Jessica sudah seminggu lebih pulang ke rumah selepas dimasukkan ke hospital pada malam itu..  Mujurlah ketagihan ectasy-nya itu masih di peringkat awal.  Bagi Nicole, inilah perkara paling indah dalam hidupnya.  Sudah terlalu lama dia tidak bermesra dengan kakaknya seperti ini.
            
“JC, Nicky...cepat turun sarapan,” laung Pn. Jung dari ruang makan.  Serentak Nicole dan Jessica keluar dari bilik.
           
“ Khunnie, apa lagi yang kamu buat kat luar tue? Cepatla makan ni,” laung Pn.Jung lagi sambil meninjau ke luar, memandang anak lelaki sulungnya yang sibuk mengemas taman di halaman rumah.
           
“Omma, Appa mana?” soal JC ketika dia sudah sampai di ruang makan.  Tangannya pantas membantu ibunya itu menyusun pinggan di meja sambil matanya mengerling ke arah ruang tamu, mencari En. Jung.  Nicole pula melangkah ke luar rumah, melihat abangnya yang masih lagi sibuk di taman.
            
“Appa ada kerja pagi tadi...Appa suruh kita makan dulu,” jawab Pn. Jung lantas menyenduk nasi ke dalam mangkuk.  Jessica turut sama membantu ibunya.  Seketika kemudian, kelihatan Nichkhun dan Nicole masuk ke dalam rumah sambil ada sisa ketawa di wajah mereka.
            
“Apa yang gembira sangat nie?” soal Pn.Jung sambil tersenyum senang.
            
“Oppa la ni, dia cakap dia nak buat pyjama party..pastu dia suruh bayangkan kalau Haraboji dengan Halmoni pakai pyjama waktu tu..Onni boleh bayangkan tak?” ujar Nicole.  Dia ketawa lagi.  Jessica tergelak kecil, bukan kerana kata-kata Nicole itu tetapi kerana ketawanya.  Nichkhun tersenyum, menjentik dahi Nicole.
           
“Ouch, sakitla!” Nicole terjerit sambil mengusap-usap dahinya.  Dia mencebik.  Pn.Jung menggeleng-geleng melihat telatah anak-anaknya.
            
“Dah, mari makan.” Pn.Jung tersenyum.
            
“Mogo shipda,” ujar Nicole pula.  Masing-masing menjamah hidangan sarapan yang tersedia dengan penuh sopan dan teratur.  Mungkin sudah dari kecil, mereka terbiasa dengan adab sopan yang sentiasa diterapkan dalam kehidupan mereka.  Sedang dalam suasana sepi begitu, En.Jung pulang dengan wajah yang serius.
            
“Jagi-ya...” Pn.Jung lantas bangun dari kerusi.  Menyambut kepulangan suaminya.  Menyenduk semangkuk lagi nasi lalu diletakkan di hadapan suaminya.  Jessica dan Nicole saling berpandangan, agak resah melihat wajah ayah mereka yang serius begitu.
            
“Appa dah buat keputusan...dan Appa rasa itulah yang terbaik, “ En.Jung mengeluh perlahan sebelum menyambung kembali kata-katanya.
           
“Kamu semua akan berpindah ke rumah Haraboji dan Halmoni di Daegu.  Appa dah uruskan tentang pertukaran kamu semua,” tenang sahaja wajah En. Jung tapi tidak wajah yang lain-lain.  Masing-masing terkejut dengan berita yang tidak disangka-sangka itu.  Pn. Jung turut terkejut.
           
“Jagi-ya...” Pn. Jung bersuara perlahan.
            
“Sekurang-kurangnya ada orang boleh jaga mereka di sana.  Silap kita terlalu biarkan mereka hidup berdikari,” En. Jung memandang wajah isterinya.  Pn. Jung hanya diam, akur dengan arahan suaminya itu.  Sememangnya dia akui, mereka terlalu lepas tangan dalam hal mendidik anak-anak sehingga masing-masing hampir tidak mengambil berat antara satu dengan yang lain.
         
“Hajiman, Appa...saya masih lagi trainee di JYP kan?Ottokhae?” Nichkhun resah.  Menyanyi dan menari adalah minatnya.  Dan bukan mudah baginya untuk berjaya terpilih sebagai trainee di JYP itu.
           
“Pelajaran dengan minat, mana yang lebih penting?” soal En.Jung, ada nada tegas di situ.  Nichkhun diam.  Dia tau, pelajaran lebih penting tapi dia juga tidak boleh melepaskan minatnya.
            
“Cuba bincang dengan En.Park...kalau dia boleh izinkan kamu train setiap hujung minggu sahaja,go on with that..tapi kalau dia tak izinkan, u know what u should do..” ujar En.Jung lagi setelah melihat Nichkhun diam seribu bahasa.  Usai sahaja dia berkata, En.Jung bingkas bangun.  Serentak itu juga, Nicole mengeluh perlahan.  Jessica tersenyum kecil memandang wajah ibunya yang agak kelat, cuba menenangkan hati Pn.Jung.  Nichkhun mula resah.  Sarapan pagi itu, terbiar juga.

No comments:

Post a Comment