Monday, August 1, 2011

:: kiSah HatI saYa ::

 Some peole said yang blog shouldnt be a place for us to express feelings. but me not. since i'm at home and i have no one to talk to me so i decided to use my blog ( yang dah lama berusang dan tak berusik) to be a place for me to share my feelings and thoughts.

It happens one year ago.  Time tu memang aku layan myspace la. facebook xde kawan2 lagi time tu. HAHA. waktu tu, aku ada la berkenalan dengan someone tapi tiba2 kitorang lost contact. memang frust gile lah tapi xde la frust sangat sebab time tu i already eye on someone kan? heee~ tup2 tibe2 dia muncul balik, dalam last month.
sumpah wei, aku best gila kot. rasa cam nak melompat sampai ke langit ke-7 je.





aduhai, tapi malang la sikit bagi aku. sebab pastu dia gone balik. dia tak suka aku, AKU TAU LA ! tapi tetap nak sedih jugak. tiap2 malam u'olls aku nangis2, (da lama aku x nangis cam ni since i break dgn my filipino boyfriend) sedih laaaaa. now dah xde a 'goodnite' msg. tak tau la kenapa, i'm totally miss him.








persoalannya, cmna ek nak tackle dia? HAHA. (tau la aku gedik )

tapi ape pun, SELAMAT BERPUASA .

Wednesday, December 1, 2010

lalalala~

Lama gila kot aku tak sempat update blog aku..(malas sebenarnya)..hoho
well, bukannya apa..rasa cam tak sempat je nak update kan bab2 novel "Wipe Away Tears"..

Novel ni pada awalnya mengisahkan konflik persahabatan yang sangat la complicated (siap ada scene bunuh-membunuh)..heee~gabungan idea aku dan sahabat ku, Yat!
tapi sebab aku sibuk study (sibuk la sgt kan), so aku terhilangkan skrip awal novel ni...
jadi aku terpaksa mencipta plot yang baru (yang aku kira agak kurang menyerlah)
tengah aku passion mencipta plot baru tiba-tiba aku terjumpa balik skrip lama yang aku ingat dah hilang dulu, chaitt!
tapi..dah terlanjur aku ubah plot ni, aku teruskan je la..
mungkin aku kan buat cerita baru dengan plot yang lama..(berangan ja lebih!)

Dan aku juga ada merancang, nak post novel-novel aku yang lama...
yang dicipta dan ditulis dalam buku.(time zaman-zaman sekolah menengah dulu)
tapi tu semua sekadar rancangan, sebab sekarang jenoh duk bersilat nak siapkan novel "Wipe Away Tears' ni..
aoyaii! kalau jenis perangai halai-balai cam aku ni, memang sampai 10 tahun la baru nak siap..hohoho..

tapi apapon, aku ucapkan terima kasih yang baca novel aku..(bajet diva!)..
and lots of love to those people who always support me especially my StAR friends~ (we have lot of memories and dreams)..heee~
and my gorgeous, wonderful friends that i've meet them..thank you guyss!!!!love yah!

Monday, November 29, 2010

cOntinuatiOn of Tears 2~

NicHkhuN

JesSica

nicOle

Cuaca pagi itu cerah sekali.  Sesekali kedengaran suara Nicole bergurau senda dengan kakaknya, Jessica dari bawah rumah.  Jessica sudah seminggu lebih pulang ke rumah selepas dimasukkan ke hospital pada malam itu..  Mujurlah ketagihan ectasy-nya itu masih di peringkat awal.  Bagi Nicole, inilah perkara paling indah dalam hidupnya.  Sudah terlalu lama dia tidak bermesra dengan kakaknya seperti ini.
            
“JC, Nicky...cepat turun sarapan,” laung Pn. Jung dari ruang makan.  Serentak Nicole dan Jessica keluar dari bilik.
           
“ Khunnie, apa lagi yang kamu buat kat luar tue? Cepatla makan ni,” laung Pn.Jung lagi sambil meninjau ke luar, memandang anak lelaki sulungnya yang sibuk mengemas taman di halaman rumah.
           
“Omma, Appa mana?” soal JC ketika dia sudah sampai di ruang makan.  Tangannya pantas membantu ibunya itu menyusun pinggan di meja sambil matanya mengerling ke arah ruang tamu, mencari En. Jung.  Nicole pula melangkah ke luar rumah, melihat abangnya yang masih lagi sibuk di taman.
            
“Appa ada kerja pagi tadi...Appa suruh kita makan dulu,” jawab Pn. Jung lantas menyenduk nasi ke dalam mangkuk.  Jessica turut sama membantu ibunya.  Seketika kemudian, kelihatan Nichkhun dan Nicole masuk ke dalam rumah sambil ada sisa ketawa di wajah mereka.
            
“Apa yang gembira sangat nie?” soal Pn.Jung sambil tersenyum senang.
            
“Oppa la ni, dia cakap dia nak buat pyjama party..pastu dia suruh bayangkan kalau Haraboji dengan Halmoni pakai pyjama waktu tu..Onni boleh bayangkan tak?” ujar Nicole.  Dia ketawa lagi.  Jessica tergelak kecil, bukan kerana kata-kata Nicole itu tetapi kerana ketawanya.  Nichkhun tersenyum, menjentik dahi Nicole.
           
“Ouch, sakitla!” Nicole terjerit sambil mengusap-usap dahinya.  Dia mencebik.  Pn.Jung menggeleng-geleng melihat telatah anak-anaknya.
            
“Dah, mari makan.” Pn.Jung tersenyum.
            
“Mogo shipda,” ujar Nicole pula.  Masing-masing menjamah hidangan sarapan yang tersedia dengan penuh sopan dan teratur.  Mungkin sudah dari kecil, mereka terbiasa dengan adab sopan yang sentiasa diterapkan dalam kehidupan mereka.  Sedang dalam suasana sepi begitu, En.Jung pulang dengan wajah yang serius.
            
“Jagi-ya...” Pn.Jung lantas bangun dari kerusi.  Menyambut kepulangan suaminya.  Menyenduk semangkuk lagi nasi lalu diletakkan di hadapan suaminya.  Jessica dan Nicole saling berpandangan, agak resah melihat wajah ayah mereka yang serius begitu.
            
“Appa dah buat keputusan...dan Appa rasa itulah yang terbaik, “ En.Jung mengeluh perlahan sebelum menyambung kembali kata-katanya.
           
“Kamu semua akan berpindah ke rumah Haraboji dan Halmoni di Daegu.  Appa dah uruskan tentang pertukaran kamu semua,” tenang sahaja wajah En. Jung tapi tidak wajah yang lain-lain.  Masing-masing terkejut dengan berita yang tidak disangka-sangka itu.  Pn. Jung turut terkejut.
           
“Jagi-ya...” Pn. Jung bersuara perlahan.
            
“Sekurang-kurangnya ada orang boleh jaga mereka di sana.  Silap kita terlalu biarkan mereka hidup berdikari,” En. Jung memandang wajah isterinya.  Pn. Jung hanya diam, akur dengan arahan suaminya itu.  Sememangnya dia akui, mereka terlalu lepas tangan dalam hal mendidik anak-anak sehingga masing-masing hampir tidak mengambil berat antara satu dengan yang lain.
         
“Hajiman, Appa...saya masih lagi trainee di JYP kan?Ottokhae?” Nichkhun resah.  Menyanyi dan menari adalah minatnya.  Dan bukan mudah baginya untuk berjaya terpilih sebagai trainee di JYP itu.
           
“Pelajaran dengan minat, mana yang lebih penting?” soal En.Jung, ada nada tegas di situ.  Nichkhun diam.  Dia tau, pelajaran lebih penting tapi dia juga tidak boleh melepaskan minatnya.
            
“Cuba bincang dengan En.Park...kalau dia boleh izinkan kamu train setiap hujung minggu sahaja,go on with that..tapi kalau dia tak izinkan, u know what u should do..” ujar En.Jung lagi setelah melihat Nichkhun diam seribu bahasa.  Usai sahaja dia berkata, En.Jung bingkas bangun.  Serentak itu juga, Nicole mengeluh perlahan.  Jessica tersenyum kecil memandang wajah ibunya yang agak kelat, cuba menenangkan hati Pn.Jung.  Nichkhun mula resah.  Sarapan pagi itu, terbiar juga.